Kawalan Perosak
Aktiviti kawalan perosak adalah kerja menguruskan spesies yang ditakrifkan sebagai makhluk perosak dan menjejaskan kegiatan manusia seperti anai-anai, tikus, nyamuk dan pepijat. Tugasan mengawal makhluk perosak ini bergantung kepada jenis dan kadar kerosakan yang dilakukan. Ianya dilakukan melalui aktiviti pencegahan dan kawalan menggunakan kaedah seperti penyingkiran fizikal dan bahan kimia untuk memusnahkan serta mencegah makhluk perosak tersebut.